Mi
bandung Abu Hanipah dikenali sebagai salah satu perniagaan bumiputera. Abu
Bakar mula berniaga sejak tahun 1957 lagi ketika usianya baru tujuh tahun.
Perniagaan mi bandung itu dimulakan oleh datuknya iaitu Yusof Hanipah yang berasal dari Madras, India pada
tahun 1930. Pada masa itu, datuknya berniaga di Panggung Wayang Rex. Namun
pengasas mi bandung Muar istimewa itu adalah ayahnya. Abu Bakar sendiri tidak
tahu idea rempah mi bandung menjadi perniagaan turun temurun.
Rempah
istimewa dibuat sehari sebelum perniagaan bermula iaitu waktu malam.Penyediaan
rempah dibuat dengan kaedah giling, namun kini prosesnya lebih mudah kerana
menggunakan pengisar. Penjualan rempah segera ini sudah lama cuma ia diberikan
nafas baharu pada tahun 2006 hasil nasihat daripada FAMA (Lembaga Pemasaran
pertanian Persekutuan) dan Jabatan pertanian yang memberikan mesin untuk mengadun
rempah.
![]() |
REMPAH MI BANDUNG ABU BAKAR HANIPAH |
Rempah mi bandung dikenali tetapi kebanyakkan pengguna dan peniaga tidak mengetahui
cara bagaimana untuk berhubung dengan pengurus mi bandung tersebut. Ia
menyukarkan peniaga dan pengguna untuk mendapatkan bekalan perencah.
No comments:
Post a Comment